Gaya muzik Krystal Meyers

Krystal menuturkan bahawa muziknya dipengaruhi oleh band-band rock, pop punk, post-hardcore dan emo seperti Finch, Blindside, Dashboard Confessional dan Mae. Kylie Minogue dan Gwen Stefani menjadi inspirasinya untuk album ketiganya yang berjudul Make Some Noise. Krystal sering dibandingkan dengan Avril Lavigne dan Ashlee Simpson, serta tak jarang digelar oleh peminat sebagai "Avril versi rohani Kristian" kerana membawakan genre muzik yang serupa.